Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Selasa, 21 Jun 2016

Contoh Penghargaan / objektif kajian / isi kandungan

PENGHARGAAN

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah banyak menolong dan memberi kerjasama yang tidak terkira untuk saya menyiapkan kerja kursus Pendidikan Moral. Selain itu, saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana saya berjaya menyiapkan kerja kursus saya pada masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada lecturer Pendidikan Moral saya iaitu Pn.Adibah Hasanah Binti Abd Halim. Beliau telah banyak memberikan panduan, bimbingan dan nasihat yang sangat berfaedah semasa saya menjalankan kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan dan sokongan kepada saya. Rakan-rakan saya juga telah banyak menyumbangkan idea kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah menolong saya secara langsung dan tidak langsung.



OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti kes penderaan yang semakin meningkat secara mendadak. Objektif kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk:

1.      Untuk mengenal pasti faktor - faktor berlakunya kes penderaan di kalangan masyarakat Malaysia.

2.      Untuk mengenal pasti faktor - faktor keluarga yang mendorong pelajar politeknik atau pelajar sekolah untuk ponteng.

3.      Untuk mengenal pasti faktor - faktor rakan sebaya yang mendorong pelajar politeknik atau pelajar sekolah untuk ponteng.

4.      Untuk mengenal pasti faktor - faktor dari segi peraturan politeknik dan sekolah yang mendorong pelajar politeknik atau pelajar sekolah untuk ponteng.

5.      Untuk mengenal pasti faktor - faktor dari segi ekonomi pelajar sendiri yang mendorong pelajar politeknik atau pelajar sekolah untuk ponteng.



 DOWNLOAD FILE IN THE LINK BELOW



                       http://adf.ly/1bRfJb

Tiada ulasan:

Catat Ulasan